Wednesday 29 June 2011

Jodoh oh Jodoh......

Ermmm.....kenapa ek orang suka tanya the same question? Dah penat dah nak jawab......huhuhu....Bila Cik Puteri nak kawin ek? Bila Cik Puteri nak kawin ek? huhuhu......n the best answer is, "Bila dah sampai jodoh nanti, cik puteri kawin laaa....hihihihi....." with a sweet smile.....ahaksss :p

Soalnya bukannya Cik Puteri x nak kawin. Cuba tanya sesiapa pun kat muka bumi Allah ni, ada ke makhluk yang x nak kawin? Ada ke makhluk yg x nak hidup bahagia? Ada ke makhluk yg nak duduk sorang2 je sampai tua? Ada ke makhluk yg x suka bila diri disayangi? Ada ke makhluk yg xnak ada anak? Ada ke???

Bila cakap soal jodoh ni, rasanya kita sebagai hambaNya, xde hak nak mempertikaikan ketentuan Allah. Mungkin belum tiba jodoh Cik Puteri lagi untuk bergelar seorang isteri, dan bergelar seorang bidadari buat seorang suami. Maafkan Cik Puteri andai ada hati2 yang pernah Cik Puteri sakiti sebelum ini yang membuatkan Cik Puteri berada jauh dengan jodoh Cik Puteri. Maafkan Cik Puteri andai Cik Puteri menolak hajat kaum2 ADAM yang pernah cuba berdamping dengan Cik Puteri sebelum ini. Sejujurnya, Cik Puteri bukan seorang yang terlalu sempurna untuk memilih dan juga seorang yang terlalu rupawan untuk dijadikan pilihan hati. Cik Puteri terpaksa menolak hajat anda disebabkan faktor2 yang tertentu. Maafkan Cik Puteri.....:(
Cik Puteri yakin dan pasti ada insan lain yang mampu menjadi bidadari yang terbaik yang telah dijodohkan dan ditentukan buat kalian semua. Anda semua tiada cacat celanya buat Cik Puteri tapi maafkan Cik Puteri kerana x mampu untuk meneruskan perhubungan ke arah yang lebih serius.

Kadangkala terfikir, dalam lewat usia Cik Puteri ini, masih tidak diketemukan jodoh, pasti ada sebab dan hikmahnya. Hanya DIA yang tahu. Tapi bagi Cik Puteri sendiri, mungkin DIA berikan masa untuk Cik Puteri berubah untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik, DIA berikan Cik Puteri masa untuk menghargai setiap masa yg Cik Puteri ada sekarang ni.....Cik Puteri juga punya hati dan perasaan seperti kaum Hawa yang lain. Sangat memerlukan sekeping hati untuk disayangi, untuk dicintai, untuk dikasihi....



Betul kata orang...Kadang2 apa yang kita nak itu, x semestinya kita akan dapat....Dan seringkali apa yg kita xnak itu, itulah yang akan kita dapat....Cik Puteri x pernah terifikir untuk memilih dalam soal jodoh....tapi Cik Puteri seringkali berdoa dalam solat, mohon petunjuk dariNya, untuk mendapatkan yang terbaik untuk agama, keluarga dan masa depan Cik Puteri sendiri. Cik Puteri letakkan sepenuh harapan dan berserah kepadaNya...Redha atas segala ketentuanNya kerna Cik Puteri benar2 yakin dan pasti, hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat Cik Puteri sebagai hambaNya..... Cik Puteri sentiasa yakin dengan janjiNya, "Perempuan yang baik adalah untuk lelaki2 yang baik...begitu juga sebaliknya"...
Moga atas perubahan Cik Puteri ini, Cik Puteri mampu menjadi yang terbaik untuk memperoleh jodoh yang terbaik buat Cik Puteri.....

Buat mak tersayang, jangan risaukan Cik Puteri....Doakan lah yang terbaik untuk Cik Puteri. InsyaAllah doamu dikabulkan Allah suatu hari nanti. Andai anakmu ini tidak ketemu jodohnya di dunia, insyaAllah jodohnya pasti ada di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal Alamin.................

2 comments:

  1. smpai jdoh ti ade la..moge cik puteri dpat jdoh yg soleh ye..

    ReplyDelete
  2. moga cik Puteri tetap sabar dan steady mengharungi kehidupan.....haja haja fighting!!

    ReplyDelete