Wednesday 29 June 2011

Jodoh oh Jodoh......

Ermmm.....kenapa ek orang suka tanya the same question? Dah penat dah nak jawab......huhuhu....Bila Cik Puteri nak kawin ek? Bila Cik Puteri nak kawin ek? huhuhu......n the best answer is, "Bila dah sampai jodoh nanti, cik puteri kawin laaa....hihihihi....." with a sweet smile.....ahaksss :p

Soalnya bukannya Cik Puteri x nak kawin. Cuba tanya sesiapa pun kat muka bumi Allah ni, ada ke makhluk yang x nak kawin? Ada ke makhluk yg x nak hidup bahagia? Ada ke makhluk yg nak duduk sorang2 je sampai tua? Ada ke makhluk yg x suka bila diri disayangi? Ada ke makhluk yg xnak ada anak? Ada ke???

Bila cakap soal jodoh ni, rasanya kita sebagai hambaNya, xde hak nak mempertikaikan ketentuan Allah. Mungkin belum tiba jodoh Cik Puteri lagi untuk bergelar seorang isteri, dan bergelar seorang bidadari buat seorang suami. Maafkan Cik Puteri andai ada hati2 yang pernah Cik Puteri sakiti sebelum ini yang membuatkan Cik Puteri berada jauh dengan jodoh Cik Puteri. Maafkan Cik Puteri andai Cik Puteri menolak hajat kaum2 ADAM yang pernah cuba berdamping dengan Cik Puteri sebelum ini. Sejujurnya, Cik Puteri bukan seorang yang terlalu sempurna untuk memilih dan juga seorang yang terlalu rupawan untuk dijadikan pilihan hati. Cik Puteri terpaksa menolak hajat anda disebabkan faktor2 yang tertentu. Maafkan Cik Puteri.....:(
Cik Puteri yakin dan pasti ada insan lain yang mampu menjadi bidadari yang terbaik yang telah dijodohkan dan ditentukan buat kalian semua. Anda semua tiada cacat celanya buat Cik Puteri tapi maafkan Cik Puteri kerana x mampu untuk meneruskan perhubungan ke arah yang lebih serius.

Kadangkala terfikir, dalam lewat usia Cik Puteri ini, masih tidak diketemukan jodoh, pasti ada sebab dan hikmahnya. Hanya DIA yang tahu. Tapi bagi Cik Puteri sendiri, mungkin DIA berikan masa untuk Cik Puteri berubah untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik, DIA berikan Cik Puteri masa untuk menghargai setiap masa yg Cik Puteri ada sekarang ni.....Cik Puteri juga punya hati dan perasaan seperti kaum Hawa yang lain. Sangat memerlukan sekeping hati untuk disayangi, untuk dicintai, untuk dikasihi....



Betul kata orang...Kadang2 apa yang kita nak itu, x semestinya kita akan dapat....Dan seringkali apa yg kita xnak itu, itulah yang akan kita dapat....Cik Puteri x pernah terifikir untuk memilih dalam soal jodoh....tapi Cik Puteri seringkali berdoa dalam solat, mohon petunjuk dariNya, untuk mendapatkan yang terbaik untuk agama, keluarga dan masa depan Cik Puteri sendiri. Cik Puteri letakkan sepenuh harapan dan berserah kepadaNya...Redha atas segala ketentuanNya kerna Cik Puteri benar2 yakin dan pasti, hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat Cik Puteri sebagai hambaNya..... Cik Puteri sentiasa yakin dengan janjiNya, "Perempuan yang baik adalah untuk lelaki2 yang baik...begitu juga sebaliknya"...
Moga atas perubahan Cik Puteri ini, Cik Puteri mampu menjadi yang terbaik untuk memperoleh jodoh yang terbaik buat Cik Puteri.....

Buat mak tersayang, jangan risaukan Cik Puteri....Doakan lah yang terbaik untuk Cik Puteri. InsyaAllah doamu dikabulkan Allah suatu hari nanti. Andai anakmu ini tidak ketemu jodohnya di dunia, insyaAllah jodohnya pasti ada di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal Alamin.................

Monday 27 June 2011

Setanggi Syurga - INTEAM

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Kata janjiMu...
Seharum setanggi syurga
 
 

Tuesday 21 June 2011

Ketenangan dalam kesabaran.....

Dalam keheningan malam
Ku dakap kenangan lalu
Bersama deruan angin berserta kerdipan bintang
Ku mencari ruang-ruang kosong
Ku gapai mimpi-mimpi semalam
Bersama semangat dan kekuatan diri
Dalam mencari ketenangan abadi....

Mampukah untukku terus begini
Mampukah aku penuhi kekosongan kekosongan ini
Mampukah aku lalui cebisan cebisan duka yang bakal ku tempuhi
Mampukah aku....

Terasa berat kaki ini melangkah....
Kadang airmata menjadi peneman...
Ku teguhkan kesabaran ini
Ku teguhkan iman di hati...
Agar bisa kulalui....erti kehidupan yang ku cari selama ini.......

Sunday 19 June 2011

Apa Yang Kucari.......

Termenung ku sendiri...
Di hamparan kasih Ilahi...
Meratap sepi kedamaian di hati...
Mendamba kasihMu abadi....

Seringkali tertanya-tanya
Seringkali menduga...
Apakah salahku....Apakah silapku...
Apakah kesalahan dulu menjadi titik tolak hidupku kini....

Aku bukan mencari seorang Adam yang tampan...
Aku juga bukan mencari seorang Adam yang berharta....
Cukup sekadar Adam yang mampu menghargai erti kasih sayang....
Adam yang mampu menjadi imam buatku serta keluarga...
Adam yang mampu menerima diriku seadanya...
Adam yang mampu menjaga dan menemaniku hingga ke akhir nyawa.....

Ya Allah Ya Tuhanku....
Mengapakah begitu sukar untukku temui pendamping hidupku?
Mengapakah sukar untukku temui hambaMu yang menyayangi dan mencintaiku keranaMu?
Mengapakah sukar untukku temui jodoh yang terbaik buat diriku?

Aku bukan mengeluh...aku juga bukan berputus asa....Ya Allah
Ku kan sentiasa titipkan secebis doa setiap kali sujudku padaMu Ya Allah
Ku kan sentiasa memohon yang terbaik untukku...
Hanya padaMu aku bermohon...

Akan tetapi...
Andainya tidak ku temui jodohku dialam nyata...
Andainya tidak ku temui Adamku sehingga ke hujung nafasku....
Aku REDHA....Ya Allah....
Andai ini takdir buatku....
Andai ini pengakhiran buatku....
Kerna ku tahu....
Setiap perancangan Mu adalah lebih baik buatku....
Ku jua pasti akan ku temui pendamping yang terbaik buatku...di taman syugaMu nanti...
InsyaAllah....Amin Ya Rabbal Alamin.........

"Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita ..
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku..
Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehan mu..
Janji ALLAH pastiku pegang dlm misi mencari diri 'Lelaki yg baik untuk wanita yg baik "

Tuesday 7 June 2011

Permata Yang Dicari....(Dehearty)

Hari- hari yang ku lalui...seperti biasa....melayari laman sosial FACEBOOK....tiba-tiba hati ku terpandang pada Video Clip nasyid yang mengisi ruang WALL facebook ku....Lagu PERMATA YANG DICARI.....pertama kali dengar lagu ni betul2 memberi makna yg cukup mendalam dalam hati ini.......jom sama-sama kita hayati lagu nasyid ni :)

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu


Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu


Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Lagu : Fahmi (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)

Syukur Alhamdulillah..........

Syukur alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran pada Ilahi.....atas izinNya...dapat juga Puteri membina satu blog Mencari Nur KasihMu ini....jutaan terima kasih yg x terhingga buat saudara Ar-Rijal Mujahid @ Dr.Love yg sudi berkongsi pendapat dalam pembentukan blog ni....terima kasih bnyk2.....semoga segala perkongsian ini memberi seribu satu makna buat diri kita semua.....:)